penduduk kampung

Friday, November 26, 2010

exam+mood cuti=tah aper jadi

kakak ku : yes2...leh kemas beg dah..
Qiz: eak..!! gitu lak...baru habis 1 paper kot...lek lu...hihi...
kakak ku : ala mana ada mood exam dah sekarang nie...hatiku sudah di kampung... wahaha...
Qiz: boleh ea gitu? apa dah...klo ye pun tunggu lah habis paper 2 dulu..
kakak ku: lambat lah...herm...nak kemas 2...
Qiz: aper2 lah kak...yang penting akak bahagia..tapi mmg lah mood cuti sudah nie bah...huhu...x da mood nak     belajar kot...

buzzz.......
final exam...herm...pas tu cuti...
perh...boleh ea cam 2??mmg seharusnya begitu ba..dah habis exam cuti lah...
tapi exam kali nie terlalu mengambil mood cuti...
dah cuti 3 minggu,pas2 balik U exam...perh mmg x lah oi..
cuti minggu 1st jerk stdy kat umah...ye lah masih mood2 belajar n rajin 2...mak pun x sangat suwuh wat kerja..
dah start ujung2 minggu 2..mula lah malasnya datang ye lah adik2 pun dah strt cuti kan...mmg ye lah plan berjalannya 2 berderet2..hahaha...mmg ye lah 2...buku sepah jerk kat meja, bersusun tinggi2,pas2 x usik pun, biarkan si kucing yang lepak kat situ hari...jadi tempat yang paling selesa nak tido kan...hehehe...
hari2 kuar...tah kemana2 ajerk....cam x da hala tuju...mg x da pun gps kat kete 2..ikut suka jerk nak berjalan... siap pengaruh lagi adik2 yang lum cuti sekolah 2,x yah sekolah...haha..jahat2..ala bukan nye belajar lagi pun...bek teman kakak kau yang keseorangan nie...ikut mak p jalan... mmg honey moon betullah cuti stdy week 3 minggu...syahdu habis 2...
top2..habis dah 3 minggu..alamak cepatnya..masa 2 mula lah gelabah,buku x habis baca lagi...dah lah sem nie semua membaca...aduh lemah betul lah...ah lantak lah... minggu exam nty banyak masa lagi...hua3...
sesampai jerk di kolej, siap2 jerk mengemas beg...oh tidak...kakak kata x yah kemas beg,2 minggu jerk kat kolej nie...makanya..aku letak jerk beg 2 dalam almari..haha...bagus betul...malam2 siap lek2 lagi exam 1st strt ary rabu...banyak masa lagi...hua3..macam dah ready jerk gayanya...tapi kesian lorh kat kakak2 aku 2...cam susah jerk cos mereka 2...semoga berjaya yerk kakak2 ku.....doaku mengiringimu selalu..aceh2 baik lak 2...
ary selasa malam...gelabah habis..1 hary baca segala note yang ada..habis dah...siap ulang dari depan kebelakang...ulang balik baca dari belakang ke depan...tapi...tok3..cam kosong jerk dalam otak aku nie...YA ALLAH..takutnye...nak menghadapi peperiksaan kali pertama di dewan exam nie...
herm tawakal jerk lah...cuak jerk lebih nie...
kakak2 aku yang lain,lagi bapa jam nak exam leh bincang nty balik bila...perh...berani sungguh..dan aku pun join sekali..siap ketawa2 lagi 2...orang len sibuk membaca note wat kali yg terakhirnya sebelum melangkah kaki ke dewan yang penuh dengan bermacam andaian....kita pulak leh ketawa2 eak...good2...xcelent....hahaha...lek ar kan...masa2 sekarang nie mmg tawakal jerk....
herm...exam...lambatnya ko nak habis...aper2 pun semoga kami semua dapat menempuhinya dengan selamat dan jayanya..tenang mau pun aman tanpa gentar...
gud luck semua... i will wish u all success always...ye..pelajar yang cemerlang..ye..selalu mendoakan kawan2nya..ye..
ye2...
hahhah...
selamat bercuti semua....(^-^)

Sunday, November 14, 2010

sayangi ayah dan ibu walau bagaimana pun mereka....


Ibu, kau ratu hatiku. Ayah, kau pahlawan jiwaku……

"Jauhnya akak termenung. Ingatkan apa tu?" soal ibu yang tiba-tiba datang ke bilikku.

"Takda apa lah ibu. Akak rasa mengantuk, jadi mengelamun pulak," jawabku.
"Mengantuk dengan mengelamun mana sama la sayang. Hmm,jangan lama-lama mengelamun tu, kejap lagi kita nak pergi berbuka di rumah ayah," pesan ibu lalu keluar dari bilikku.

Ibu, membesarkan aku, abang dan adik-adikku seorang diri. Ayah telah menceraikan ibu ketika aku berusia sepuluh tahun. Terlalu muda untuk aku memahami masalah rumahtangga yang melanda masjid yang ibu dan ayah bina selama 16 tahun. Aku cuma mampu melayari kehidupan yang serba kekurangan dan membesar tanpa kasih dan sayang seorang ayah.

Walaupun kami ditinggalkan ayah sewaktu masih kecil tapi di hati kami tidak pernah terlintas sedikit pun perasaan marah terhadap ayah. Kami sering didengarkan dengan cerita-cerita baik tentang ayah dari ibu. Bila kami soal tentang penceraian ibu dan ayah, ibu cuma mahu kami terima itu sebagai takdir dan jangan sesekali menyalahkan ayah. Betapa baik hati ibu walaupun telah ditinggalkan dan terpaksa menjaga kami tanpa mendapat nafkah dari ayah.

Kami semakin dewasa dan sudah mengenal erti kehidupan. Kami sudah faham situasi yang melanda ayah dan ibu sehingga membawa mereka kepada penceraian. Aku mula menyimpan rasa marah terhadap ayah. Marah apabila aku mendapat tahu bahawa ayah menceraikan ibu untuk berkahwin dengan wanita lain yang merupakan seorang janda. Sanggup ayah melepaskan ibu menjadi seorang ibu tunggal kerana wanita lain. Dimana cintanya ayah pada ibu? kemana hilangnya sayang ayah pada ibu dan anak-anaknya? Aku memang menyalahkan ayah atas kesengsaraan hidup yang ayah tinggalkan untuk kami anak-beranak.


Betapa kami terpaksa merantau ke merata tempat untuk membina kehidupan. Berpindah-randah sudah menjadi kebiasaan kami. Bermacam-macam pekerjaan juga yang ibu lakukan untuk menampung perbelanjaan dan persekolahan kami. Sayu hatiku tatkala aku dan Faqeh, adikku yang ketiga menemankan ibu sewaktu ibu bekerja sebagai penyapu sampah di taman-taman rekreasi. Ibu tidak mengira penat lelah, malah di bulan puasa juga ibu tetap bekerja dan membuat kuih untuk mendapatkan wang tambahan. Betapa sabarnya ibu menempuh dugaan hidupnya. Mungkin kami adalah kekuatannya dan bagi kami, ibulah segala-galanya bagi kami. Kekuatan ibu adalah kekuatan kami, kedukaan ibu juga kedukaan kami. Ibu sering berpesan agar kami belajar bersungguh-sungguh dan jadi seorang yang berjaya agar tidak jadi sepertinya yang terpaksa bersusah payah mencari pekerjaan.


Dengan semangat ibu yang mengalir dalam darah kami, kami empat beradik berusaha belajar dengan tekun untuk berjaya dan mengubah nasib keluarga kami. Aku lupakan ayah walaupun ibu menegah aku melakukannya. Mungkin dalam keluarga ini aku yang paling degil dan paling gemar mengikut perasaanku sendiri. Aku tidak peduli apa yang dipesan ibu, aku tidak endah apa yang dinasihat oleh abang. Namun aku terpaksa akur dengan kehendak Illahi. Beginilah tertulisnya takdir untuk keluargaku. Aku harus menerima ayah dan keluarga barunya walaupun perit hati menahan sebak melihat ayah menbelai anak tirinya. Apa kurangnya kami darah dagingnya sendiri? Tidak teringinkah dia untuk memeluk dan menyayangi kami?


Sudah sepuluh tahun berlalu. Faez, abangku yang berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti dan kini sudah bekerja sebagai seorang jurutera. Aku pula kini sedang meniti hari-hariku sebagai seorang pelajar perubatan di salah sebuah pusat pengajian di Pulau Pinang. Kehidupan kami bertambah baik. Rezeki kami murah dan kami sentiasa diberi perhatian oleh saudara mara dan jiran tetangga. Alhamdulillah, abang menjadi seorang ketua keluarga yang sangat bertanggungjawab walaupun dia terpaksa memikul tanggungjawab itu dari usia yang muda. Abang menjaga ibu, aku dan adik-adik dengan cukup kasih sayang dan sabar. Betapa aku beruntung punya abang sepertinya.


Benar kata orang, setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Dengan pengalaman hidup kami ini, kami menjadi manusia yang lebih tabah dan berdikari. Kami tidak pernah berharap untuk bersama-sama ibu ketika sesi pendaftaran persekolahan atau di universiti. Kami mampu lakukan semua itu sendiri kerana kami rasa cukup sudah pengorbanan ibu terhadap kami selama ini, jadi biarlah kami pula berusaha untuk menguruskan hidup kami sendiri. Ayah pula, semakin usianya meningkat semakin dia diberi kesedaran tentang apa yang telah dilakukannya pada kami dulu. Pernah dia meminta ibu untuk berkahwin semula dengannya namun ibu menolak dengan alasan ibu tidak mahu mengacau rumahtangga ayah dan isterinya. Aku kagum dengan ibu. Tentu ramai juga yang kagum melihat ketabahan seorang ibu tunggal membesarkan anak-anaknya sendiri. Itulah dia ibuku.


Usiaku yang mencecah 20 tahun ini akan ku manfaatkan sebaik mungkin untuk berbakti kepada ibu dan keluargaku. Aku akan belajar dengan baik dan mendapatkan segulung ijazah yang membolehkan aku mencari pekerjaan yang bagus agar dapat memberikan keselesaan kepada ibu dan membalas jasa ibu. Tidak kulupakan ayah. Aku sudah mampu mengikis rasa marah terhadapnya dari dalam hatiku. Mungkin kerana penyesalan yang ditunjukkannya membuatkan aku sedar, tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Kehidupan ayah juga kulihat agak susah. Rumahnya yang kecil untuk memuatkan penghuni melebihi lima orang dan persekitaran yang tercemar membuatkan aku menyesal kerana pernah membenci ayah suatu ketika dahulu. Kesihatan ayah juga sering terganggu lalu ayah terpaksa berhenti kerja. Kini, ayah hanya melakukan kerja-kerja ringan untuk menampung kehidupan dan dibantu oleh ibu tiriku.


Memang kehidupan kita ibarat roda. Setiap apa yang kita pernah lakukan dahulu kita pasti akan mendapatkannya semula. Begitu juga dengan ayah. Bukan niatku untuk mentertawakan kesusahan ayah, aku cuma mengingatkan diriku sendiri untuk lebih bertindak rasional dalam menentukan kehidupan.


"kita berkongsi ibu yang sama. Kita berkongsi ayah yang sama. Akak tak sanggup melihat ibu mengalirkan airmata kerana kesalahan dan kedegilan kita. Biarlah ibu menangis kerana melihat kejayaan kita, melihat kita jadi manusia yang berguna."

Itu pesanku kepada adik-adikku tiap kali aku melihat ibu bersedih. Aku yakin, mereka juga tidak sanggup melukakan hati ibu. Cukuplah aku yang dahulunya degil dan keras kepala. Kini, aku mahu menjadi seorang anak yang membahagiakan hati ibu dan ayahnya.

Memandangkan ini tahun keduaku di universiti ini, maka terdapat banyak perkara yang harus aku lakukan. Kadangkala sehingga dua bulan aku tidak pulang ke kampung menjenguk ibu dan adik-adik. Hanya abang saja yang sering ku temui kerana abang bekerja di Pulau Pinang. Seringkali abang mengajakku untuk kerumah ayah, menjenguk ayah tapi hatiku rasa malu dan tidak rela untuk kesana. Aku tidak sanggup untuk bersemuka dengan ayah kerana rinduku yang membuak membuatku mengalirkan airmata setiap kali berhadapan dengan ayah. Aku rindukan pelukan ayah, aku rindukan panggilan ayah untukku. Airmata bergenang di tubir mataku sewaktu pertama kali bersalaman dengan ayah setelah beberapa lama ditinggalkan ayah. Tangan itulah yang sering aku rindukan setiap pagi sebelum kesekolah. Aku hanya akan pergi kerumah ayah jika ibu ada bersama. Aku perlukan kekuatan ibu untuk berhadapan dengan ayah. Ketabahan ibu membolehkan aku tersenyum di hadapan ayah. Dan mungkin inilah juga berkat kesabaran dan kerendahan hati ibu, ibu tiriku tidak pernah sekali pun menunjukkan rasa janggal terhadap kami setiap kali kami bertemu. Dia melayan kami dengan baik dan menganggap kami seperti keluarganya. Akhirnya aku dapat melihat sebuah keluarga besar yang bahagia dan ada aku di dalamnya yang sedang merasai kebahagiaannya. Aku rasa cukup bertuah dan seolah-olah penderitaan dan kesengsaraan kami selama ini sudah berbayar dengan kebahagiaan ini.


Namun, siapa dapat menduga apa yang akan berlaku kelak. Siapa dapat melihat kebahagiaan yang tidak berpanjangan. Memang aku akui, aku semakin sibuk dengan tugasan-tugasan dan aktiviti di universiti sejak akhir-akhir ini. Aku cuma berkesempatan untuk menelefon ibu dan adik-adikku. Aku juga sering menelefon ayah untuk bertanyakan khabarnya. Tidak dinafikan tahap kesihatan ayah semakin merosot. Aku risau namun aku harus optimis. Aku harus yakin bahawa ayah cuma sakit biasa ataupun sakit tua. Aku sering juga menasihati ayah berdasarkan ilmu-ilmu perubatan yang telah aku pelajari.


Tersentak aku dari lamunan tatkala telefon bimbitku berdering. Ku lihat nama yang terpampang `abang', lalu segera ku jawab.


"Assalamualaikum, kenapa abang? Pukul berapa nak ambil ni?" soalku sebaik panggilan kujawab.

"Waalaikumsalam. Akak, ibu mana?" soal abang tanpa menghiraukan pertanyaanku.
"ibu ada tengah siapkan makanan nak bawa ke rumah ayah nanti. Abang jadi ambil tak ni?" soalku lagi.
"Akak, kalau abang beritahu ni akak kena tenang je boleh?" Pinta abang. Hairan.
"Abang ni buat akak takut la. Apa abang nak beritahu ni?" jawabku.
"Ayah..tadi abang dapat panggilan dari makcik, dia beritahu yang aya…..,"
"Kenapa dengan ayah? Ayah sakit ke abang? Cepat beritahu akak." Aku cemas. Hatiku sudah mula gelisah. Terbayang pelbagai kemungkinan yang berlaku pada ayah.
"Ayah masuk hospital. Serangan jantung."
"Ibu!!!!!!!" jeritku memanggil ibu.
Bergegas ibu dan dua adikku datang ke bilikku. Kelihatan ibu sangat cemas mendengar jeritanku.

"Ayah.. ibu… Ayah masuk hospital bu. Ibu kenapa dengan ayah bu," beritahuku dalam esakan. Lalu ku berikan telefon bimbitku pada ibu.

Aku tidak mampu menahan airmata dari gugur. Aku tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku pada ayah. Aku tidak rela melihat ayah sakit. Aku tidak rela terpisah dari kasih ayah lagi.
"Faez, kenapa ni. Kenapa dengan ayah?" soal ibu pada abang. Aku terus-menerus menangis.
"Ayah kena serangan jantung bu. Selepas asar tadi ayah terus dikejarkan ke hospital. ibu tunggu ya. Lagi 10 minit abang sampai ambil ibu dan adik," jawab abang.
"Ya, kamu hati-hati memandu," pesan ibu lalu talian dimatikan. Ibu juga mengalirkan air mata. Hati mana yang tidak sedih mendengar khabar berita seumpama itu. Kelihatan kedua-dua adikku diam tanpa berkata sepatah pun.

Hatiku terlalu gusar. Resah. Lalu aku terus mengambil wudhuk dan melakukan solat hajat. Memohon kepada Allah agar semuanya berada dalam keadaan yang selamat. Aku memohon dengan sepenuh jiwaku di sujud akhirku. Aku berdoa dengan penuh pengharapan. Banyaknya airmata yang mengalir tidak terkira.


Seusai solat, aku keluar untuk mendapatkan ibu. Namun, hatiku menjadi sayu apabila melihat Farisha adikku yang bongsu duduk di beranda rumah sambil teresak-esak. Lalu aku pinta Faqeh untuk menenangkannya. Aku melihat ibu sedang membungkus makanan untuk dibawa bersama nanti sebagai persediaan sekiranya kami tidak sempat singgah dimana-mana untuk berbuka. Ibu menyuruhku dan adik-adik bersiap. Aku pergi mendapatkan Farisha dan Faqeh. Kini, kulihat kedua-duanya menangis. Lalu ku peluk mereka dan menenangkan mereka. Saat itu kedengaran bunyi kenderaan yang masuk ke halaman rumah kami. Abang telah sampai dan kami harus segera bertolak agar kami dapat sampai seawal mungkin.


Ketika kami semua siap dan bersedia untuk bertolak, telefon abang berdering. Ibu tiriku menelefonnya. Aku berdebar. Berita apa pula kali ini. Kami hanya berdiam sahaja mendengarkan perbualan abang di telefon. Ku lihat wajah abang keruh, penuh dengan tanda tanya bagi kami. Talian dimatikan dan kami segera bertanyakan perihal yang diberitahu ibu tiriku tadi.


"Mak cik beritahu ayah dah kritikal. Dia minta kita cepat datang," beritahu abang sambil kakinya terus memijak pedal minyak agar kereta bergerak lebih laju. Aku lihat adik-adikku. Mereka kelihatan sugul dan hampir mengalirkan airmata.

"Faez, jangan laju sangat. Keselamatan kita kena fikir juga. Sabar nak. Tawakkal pada Allah," pesan ibu menenangkan abang.

Namun abang tidak sedikitpun menghiraukan nasihat ibu. Kami semakin hampir dengan hospital.Dia terus memecut sehingga tiba di satu selekoh…

" Abang kereta tu!!," jerit Faqeh mengejutkan semua orang di dalam kereta.
" Ya Allah!!," hanya itu yang sempat ku dengar dari ibu sebelum kereta kami terbalik dan pandanganku menjadi kelam.

****************************************************************************************************


Aku tersedar. Ku lihat sekelilingku. Ya, aku pasti aku berada di hospital. Kepalaku terasa begitu sakit. Aku mengingati kembali kejadian yang membuatkan aku terlantar di atas katil ini. kemalangan yang terjadi atas ketidaksabaran abang. Aku teringat abang, ibu dan adik-adikku. Bagaimana keadaan mereka dan yang paling aku khuatir, bagaimana keadaan ayah. Adakah ayah sudah melepasi saat-saat kritikalnya.


Aku keluar untuk mencari ibu dan yang lain. Tiba-tiba seorang jururawat menegurku.

"Awak tak boleh berjalan lagi macam ni. Awak patut berehat dulu," pesan jururawat tersebut.
"Macamana keadaan ibu, abang dan adik-adik saya?" soalku pada jururawat tersebut.
Tiba-tiba datang seorang doktor lelaki mendekati kami. Wajahnya penuh berkeyakinan memang gaya seorang doktor. Dia dan jururawat yang menegurku sebentar tadi berbincang sesuatu. Aku tidak dapat mendengarnya namun aku yakin ada sesuatu yang ingin disampaikan padaku.
"Cik Farahen, kami minta maaf, tapi kami dah cuba sedaya upaya kami. Kami harap cik dapat bersabar dengan apa yang terjadi," ujar beliau dengan nada tenang.
"Kenapa dengan keluarga saya, doktor?"
"Kami tak dapat selamatkan ibu awak. Dia tersepit dan kecederaannya terlalu serius. Saya harap cik tabah." satu kenyataan yang amat meluluhkan jiwa.
Ya Allah, apakah yang aku dengar ini benar-benar berlaku? Adakah aku berada di alam realitiku kini? Ibu, tunjukkan dirimu sekarang ibu, tunjukkan bahawa apa yang diberitahu mereka ini bohong belaka. Beritahu aku bahawa aku sedang bermimpi. Ibu…
Aku terduduk lesu di bangku pelawat. Sukar untuk aku menerima realiti ini. Dari jauh ku lihat Farisha dan Faqeh datang ke arah ku sambil menolak abang yang duduk di atas kerusi roda. Wajah mereka muram dan sayu. Ku peluk adik-adikku dengan erat. Mengalir airmata ku buat kali yang keberapa kali aku sendiri tidak pasti. Aku harus kuat kerana kekuatan ibu masih ada dalam diriku walaupun ibu telah tiada.
"Ibu dah takde. Kita kena kuat," ujarku dalam tangis.
"Kak, ayah pun. Ayah dah takde juga kak. Kita yatim piatu kak," beritahu Farisha sambil menangis teresak-esak.
Aku terpana. Bagaikan satu kejutan elektrik. Aku hampir rebah saat itu namun aku segera disambut oleh Faqeh. Ya Allah, kenapa Kau beri aku ujian yang sebegini berat. Aku tidak mampu untuk menanggung semua ini Ya Allah..
****************************************************************************************************
Tahun ini merupakan tahun pertama kami akan menyambut hari raya Aidilfitri dengan ayah yang dirindui. Memang tiada siapa dapat menduga setiap apa yang akan berlaku pada masa depan. Seperti aku yang tidak pernah menduga akan kehilangan insan -insan yang amat ku sayang dalam waktu yang sama. Aku tidak pernah berharap untuk berhari raya tanpa kedua-dua ibu dan ayah.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Laailahailallahu Allahu Akbar
Allahuakbar walillahilham…..
Bergetar rasa jiwa mendengar sayup takbir. Terkenang kenangan tahun lalu sewaktu kami bersama ibu ke masjid untuk sama-sama bertakbir. Ya Allah…. Kuatkan hati kami Ya Allah.. Ya Rabb, tabahkan hati kami.
Ibu, insan yang ku sayangi, kau tetap dihati ini selamanya. Pengorbananmu membesarkan kami empat beradik tidak sempat untuk kami membalasnya. Aku tidak pernah merasa kurang, ibu. Selama kita bersusah-payah aku sentiasa merasa cukup dengan melihat senyuman dan kegembiraan di wajahmu ibu.

Ayah, walaupun aku hanya sempat merasa kasih dan belaimu buat seketika, namun aku sudah cukup bangga kerana punya ayah. Aku bersyukur kerana masih sempat merasa bagaimana punya ayah, bagaimana kasih seorang ayah.


Ya Allah, semoga Kau mencucuri roh mereka berdua. Aminn..


Ayah….kasihmu yang ku rasa walau sementara itu akan ku pastikan kekal di hatiku….


Ibu…jasa dan pengorbananmu akan ku simpan kekal di benak sanubariku…

Renungan Buat Ikhwan-Akhwat yang Berta'aruf di Dunia Maya


“Ukhti, aku tertarik ta’aruf sama anti.” Itulah kalimah yang sering diadukan oleh para akhwat yang penulis kenal. Dalam satu minggu ada dua tawaran ta’aruf dari ikhwan dunia maya. Berdasarkan luahan para akhwat, rata-rata si ikhwan tertarik pada akhkwat melalui penilaian komentar akhwat.
Banyaknya jaringan sosial di dunia maya seperti facebook, yahoo messenger, dll, menjadikan akhwat dan ikhwan mudah berinteraksi tanpa batas.
Begitu lembut dan halusnya penglibatan dunia maya, tanpa disadari mudah menggelincirkan diri manusia ke jurang kebinasaan.
Kasus ta’aruf ini sangat memprihatinkan sebenarnya. Seorang bergelar ikhwan memajang profil islami, tapi serampangan memaknai ta’aruf. Melihat akhwat yang dinilai bagus kualiti agamanya, langsung berani mengungkapkan kata ‘ta’aruf’, tanpa perantara.
Jangan memaknai kata “ta’aruf” secara sempit, pelajari dulu serangkaian tata cara ta’aruf atau kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh Islam. Jika memakai kata ta’aruf untuk bebas berinteraksi dengan lawan jenis, lantas apa bezanya yang telah mendapat hidayah dengan yang masih jahiliyah? Islam telah memberi konsep yang jelas dalam tatacara ta’aruf.
Suatu ketika ada sebuah cerita di salah satu siyuasi jejaring sosial, pasangan akhwat-ikhwan mengatakan sedang ta’aruf, dan untuk menjaga perasaan masing-masing, digantilah status mereka berdua sebagai pasutri, sungguh memiriskan hati. Pernah juga ada kisah ikhwan-akhwat yang saling mengumbar kegenitan di dunia maya, berikut ini petikan obrolannya:
“Assalamualaikum ukhti,” Sapa sang ikhwan.
“‘Wa’alikumsalam akhi,” Balas sang akhwat.
“Subhanallah ukhti, ana kagum dengan kepribadian anti, seperti Sumayyah, seperti Khaulah binti azwar, bla bla bla bla…” puji ikhwan tersebut.
Apakah berakhir sampai di sini? Oh no…. Rupanya yang ditemui ini juga akhwat genit, maka berlanjutlah obrolan tersebut, si ikhwan bertanya apakah si akhwat sudah punya calon, lantas si akhwat menjawab.
“Alangkah beruntungnya akhwat yang mendapatkan akhi kelak.”
Sang ikhwan pun tidak mau kalah, balas memuji akhwat. “Subhanallah, sangat beruntung ikhwan yang mendapatkan bidadari dunia seperti anti.”
....Banyaknya jaringan sosial di dunia maya menjadikan akhwat dan ikhwan mudah berinteraksi tanpa batas. Ikhwannya membabi buta, akhwatnya terpedaya....
Owh mengerikan, berlebih-lebih di dunia maya, syaitan tak mau menyia-nyiakan kesempatan ini. Lalu terhinggaplah rasa, bermekaran di dada dua sejoli tersebut, yang belum ada ikatan pernikahan.
Dengan bangganya sang ikhwan menaburkan janji-janji manis, akan mengajak akhwat hidup di planet mars, mengunjungi benua-benua di dunia. Hingga larutlah keduanya dalam janji-janji lebih.
Ikhwannya membabi buta, akhwatnya terpedaya……a’udzubillah, bukan begitu ta’aruf yang Rasulullah ajarkan.

Wahai Ikhwan, Jangan Permainkan Ta’aruf!

Muslimah  itu mutiara, tidak sembarang orang boleh menyentuhnya, tidak sembarang orang boleh memandangnya. Jika kalian punya keinginan untuk menikahinya, carilah cara yang baik yang dibenarkan Islam. Cari tahu informasi tentang akhwat melalui pihak ketiga yang bisa dipercaya. Jika maksud ta’arufmu untuk menggenapkan separuh agamamu, silakan saja, tapi prosesnya jangan keluar dari koridor Islam.
....Wahai ikhwan, relakah jika adikmu dijadikan ajang coba-coba ta’aruf oleh orang lain? Tentu engkau keberatan bukan?....
Wahai ikhwan, relakah jika adikmu dijadikan ajang coba-coba ta’aruf oleh orang lain? Tentu engkau keberatan bukan? Jagalah izzah muslimah, mereka adalah saudaramu. Pasanglah tabir pembatas dalam interaksi dengannya. Pahamilah, hati wanita itu lembut dan mudah tersentuh, akan timbul guncangan batin jika jeratan yang kalian tabur tersebut hanya sekedar main-main.
Jagalah hati mereka, jangan banyak memberi harapan atau menabur simpati yang dapat melunturkan keimanan mereka.
Mereka adalah wanita-wanita pemalu yang ingin meneladani wanita mulia di awal-awal Islam, biarkan iman mereka bertambah dalam balutan rasa nyaman dan aman dari gangguan JIL alias Jaringan Ikhwan Lebay.
Wahai Ikhwan,
Ini hanya sekedar nasihat, jangan mudah percaya dengan apa yang dipresentasikan orang di dunia maya, karena foto dan kata-kata yang tidak kamu ketahui kejelasan karakter wanita, tidak dapat dijadikan tolak ukur kesalehahan mereka, hendaklah mengutus orang yang amanah yang membantumu mencari data dan informasinya.
....luasnya ilmu yang engkau miliki tidak menjadikan engkau mulia, jika tidak kau imbangi dengan menjaga adab pergaulan dengan lawan jenis....
Wahai ikhwan, luasnya ilmu yang engkau miliki tidak menjadikan engkau mulia, jika tidak kau imbangi dengan menjaga adab pergaulan dengan lawan jenis.

Duhai Akhwat, Jaga Hijabmu!

Duhai akhwat, jaga hijabmu agar tidak runtuh kewibaanmu. Jangan bangga karena banyaknya ikhwan yang menginginkan taaruf. Karena ta’aruf yang  tidak berdasarkan aturan syar’i, sesungguhnya sama saja si ikhwan meredahkanmu. Jika ikhwan itu punya niat yang benar dan serius, tentu akan memakai cara yang Rasulullah ajarkan, dan tidak langsung menembak kalian dengan caranya sendiri.
Duhai akhwat, terkadang kita harus mengoreksi cara kita berinteraksi dengan mereka, apakah ada yang salah hingga membuat mereka tertarik dengan kita? Terlalu lunakkah sikap kita terhadapnya?
Duhai akhwat, sadarilah, orang-orang yang engkau kenal di dunia maya tidak semua memberikan informasi yang sebenarnya, waspadalah, karena engkau adalah sebaik-baik wanita yang menggenggam amanah Ilahi. Jangan mudah terpedaya oleh rayuan orang di dunia maya.
....berhiaslah dengan akhlak islami, jangan mengumbar kegenitan pada ikhwan yang bukan mahram....
Duhai akhwat, berhiaslah dengan akhlak islami, jangan mengumbar kegenitan pada ikhwan yang bukan mahram, biarkan apa yang ada di dirimu menjadi simpanan manis buat suamimu kelak.
Duhai akhwat, ta’aruf yang sesungguhnya haruslah berdasarkan cara Islam, bukan dengan cara mengumbar rasa sebelum ada akad nikah.

Wanita di bawah Cahaya al-Quran dan al-Sunnah


Apakah sifat seorang wanita yang beriman kepada Allah dan RasulNya? Bagaimanakah
seorang wanita itu seharusnya bertingkahlaku untuk dia digelar wanita yang
solehah? Dan apakah petunjuk Nabi :selawat kepada kaum wanita dari kalangan
umatnya dalam menjalani kehidupannya? Sesungguhnya tidaklah seorang wanita itu
mengikut setiap pesanan dan nasihat dari guru sekalian umat ini -:selawat-
melainkan dia digelar wanita yang solehah. Tiada satu pun yang dapat mengukur
kebaikan dan kemuliaan seorang wanita itu melainkan dengan kekuatannya berpegang
kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tulisan ini akan menjawab persoalan-persoalan
yang diutarakan di atas berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah.
Wahai kaum wanita, perhatilah dan selamilah petunjuk serta wasiat dari
Penciptamu dan Rasulmu serta hadapilah hidup ini dengan hati yang lurus!

Sifat wanita yang  beriman

Sekiranya seorang wanita itu berakhlak dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat
berikut, maka bergembiralah dia dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah
untuknya.

(1) Keimanan dan taqwa kepada Allah serta kecintaannya kepada Rasul :selawat.
Seorang wanita itu seharusnya mendahulukan Allah dan Rasul :selawat dalam apa
jua perkara serta menjadikan keduanya sebagai kayu ukur dalam setiap gerak-geri
dan tingkahlakunya. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud : «Tiadalah bagi
lelaki yang beriman dan wanita yang beriman (hak) untuk memilih dalam urusan
mereka apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan urusan itu. Barangsiapa
menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan
kesesatan yang nyata» [al-Ahzab : 36]. Dan Nabi :selawat telah menjanjikan
bahawa mereka yang mendahulukan Allah dan RasulNya dalam setiap perkara maka
mereka akan mendapat kemanisan iman. Nabi :selawat berkata yang membawa maksud :
«Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan
merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala
sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci
kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka»[1].

Seorang wanita yang beriman itu selalu mengingati Allah dalam keadaan bersendiri
mahupun ramai, dan dalam keadaan senang ataupun susah. Hatinya sentiasa terikat
dengan Allah dan dia sentiasa memelihara iman di dalam hatinya dengan zikir,
ibadah-ibadah sunat, membaca al-Quran serta memerhati tanda-tanda kekuasaan
Allah. Kehidupan bagi seorang wanita itu bukanlah emas dan perhiasan, kehidupan
juga bukan suami ataupun keluarga; tetapi kehidupan bagi seorang wanita itu
ialah iman dan amalan-amalan soleh yang akan dibawa berjumpa Allah kelak. Allah
berfirman yang bermaksud : «Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun
perempuan,  sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang
baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang
telah mereka amalkan» [al-Nahl : 97]. Seorang wanita yang menjadikan al-Quran
dan al-Sunnah sebagai tunggak hidupnya, maka dia akan menjalani kehidupan di
dunia ini dengan aman dan bahagia. Dari Suhaib al-Rumi, Nabi :selawat berkata
yang bermaksud : «Sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya
adalah baik, tidaklah perkara ini berlaku kepada seseorang pun melainkan orang
mukmin, jika dia mendapat perkara gembira, dia bersyukur, itu adalah baik
baginya, dan jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, itu adalah baik
baginya»[2].

(2) Sentiasa melazimi rumah dan tidak berhias-hias (tabarruj). Sekian banyak
dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa melazimi rumah
itu adalah lebih baik bagi seorang wanita. Setiap apa yang disebut sebagai
'baik' oleh Allah dan Rasul  :selawat, maka tiadalah sesuatu pun yang lebih baik
dari perkara itu. Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah
kepada isteri-isteri Nabi :selawat yang bermaksud : «Tetaplah kamu dalam rumahmu
dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang
dahulu…» [al-Ahzab : 34]. Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat ini :
"Adab-adab ini telah Allah perintahkan kepada isteri-isteri Nabi :selawat dan
wanita umat ini (untuk mereka mengikuti ummahat al-mukminin)…(ayat ini
bermaksud) iaitu tetaplah kalian dan janganlah keluar tanpa sebarang hajat dan
antara hajat yang dibenarkan syara' ialah solat di masjid dengan syarat yang
telah ditetapkan[3]". Manakala al-Qurtubi pula berkata : "Ayat ini menunjukkan
perintah untuk tetap di rumah, walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri
Nabi :selawat, tetapi dari segi makna, ia juga merangkumi wanita-wanita lain,
bagaimana tidak, sedangkan banyak perintah syara' yang  menyuruh wanita tetap di
rumah dan tidak keluar kecuali darurat[4]"..

Dalam suatu hadis, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Solat wanita di
(bahagian dalam) rumahnya lebih baik dari solatnya di ruangan luar rumahnya[5],
dan solatnya di dalam rumah kecilnya (makhda'[6]) lebih baik dari solatnya di
dalam bahagian dalam rumahnya (tadi)»[7]. Walaubagaimana pun, wanita dibenarkan
untuk solat di masjid, tetapi solat mereka di rumah itu adalah lebih baik
seperti yang dikatakan oleh Nabi :selawat yang bermaksud : «Janganlah kamu
halang isteri-isteri kamu (bersolat) di masjid, (akan tetapi) rumah-rumah mereka
itu lebih baik bagi mereka»[8]. Dalam syarah hadis ini disebutkan : 'Solat
wanita di rumah itu lebih baik bagi wanita daripada solat mereka di masjid
sekiranya mereka mengetahui, tetapi mereka tidak mengetahuinya lantas meminta
izin untuk ke masjid dan menganggap bahawa pahala mereka bersolat di masjid itu
lebih banyak. Solat mereka di  rumah itu lebih baik kerana ia lebih aman dari
fitnah, lebih-lebih lagi setelah berlakunya tabarruj dan berhias-hias di
kalangan wanita…[9]'. Perintah ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Nabi
:selawat yang bermaksud : «Wanita itu aurat, jika dia keluar maka syaitan akan
memandangnya, dan seorang wanita itu paling hampir dengan Tuhannya sekiranya dia
berada tetap di dalam rumahnya»[10]. Perkataan 'istasyrafa' dalam hadis di atas
membawa maksud syaitan akan mencantikkan wanita itu di mata lelaki, dan ada
pendapat yang mengatakan bahawa maksud hadis ini ialah syaitan akan memandang
wanita itu untuk menyesatkannya dan orang lain akan menjadi sesat disebabkan
olehnya[11]. Subhanallah! Hadis ini menunjukkan kelebihan melazimi rumah bagi
seorang wanita dan itu merupakan antara cara yang terbaik untuk dia mendekatkan
diri kepada Allah. Maksudnya sama seperti hadis[12] yang menyatakan bahawa
seorang hamba itu paling hampir dengan Allah dalam keadaan  sujud, yang mana
hadis ini menunjukkan kelebihan sujud dan galakan untuk memperbanyakkan sujud.

Perintah bagi wanita supaya tetap di rumah dan larangan untuk mereka keluar
dikecualikan sekiranya mereka keluar dengan sebab-sebab dan hajat tertentu yang
dibenarkan syara'. Ini berdasarkan hadis Nabi :selawat di mana Aisyah :radhia
menceritakan : Saudah :radhia telah keluar –selepas turunnya perintah hijab-
kerana hajat tertentu, dan dia adalah seorang wanita yang berbadan besar, mereka
yang mengenalinya pasti akan akan mengetahui bahawa dia adalah Saudah (walaupun
dia memakai pakaian menutupi seluruh badan ataupun keadaan malam yang gelap),
maka Umar melihatnya lalu berkata : Wahai Saudah, demi Allah, kamu tidak akan
dapat menyembunyikan diri dari kami, maka fikirlah cara bagaimana kamu keluar
tanpa dikenali. Aisyah berkata : Maka Saudah pun pulang, dan Baginda :selawat
berada di rumahku sedang makan malam dan tangannya menggenggam daging,  lalu dia
masuk dan berkata : Wahai Rasulullah, aku telah keluar untuk menunaikan hajatku
dan Umar telah berkata kepadaku (itu dan ini). Aisyah berkata : Maka Allah telah
menurunkan wahyu kepadanya dan ketika keadaan itu selesai, daging itu masih
berada di genggamannya seakan-akan beliau tidak mahu menyimpannya, lalu Nabi
:selawat bersabda : «Kamu diizinkan keluar untuk memenuhi keperluanmu»[13].

(3) Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara dirinya. Seorang wanita yang
beriman dan solehah itu sentiasa menundukkan pandangannya dari melihat
perkara-perkara yang haram dan sentiasa memelihara kehormatan dirinya sebagai
seorang wanita yang beriman.

Telah menjadi kebiasaan bagi wanita-wanita zaman ini samada yang sudah bersuami
atau pun masih belum berkahwin –kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah- untuk
mempunyai sahabat dari kalangan lelaki. Ini bertentangan dengan sifat wanita
yang beriman dari kalangan hamba yang  disifatkan oleh Allah dalam surah
al-Nisa' yang bermaksud : «…dan berikanlah kepadanya mas kahwinnya dengan kadar
yang patut, sedang hamba itu perempuan yang baik, bukan perempuan lacur dan
bukan pula mengambil lelaki lain sebagai teman secara rahsia…» [al-Nisa' : 25].
Inilah budaya barat yang cuba diserap masuk di kalangan wanita-wanita Muslimah
kerana musuh-musuh Allah ini tahu bahawa rosaknya wanita Muslimah bererti
rosaklah generasi Islam yang akan datang! Tetapi malangnya, fenomena ini
dianggap biasa di zaman ini bahkan wanita yang tiada sahabat lelaki itu pula
yang dikatakan ketinggalan zaman serta tidak pandai bersosial dan sebagainya.
Allah jualah tempat meminta pertolongan.

Firman Allah lagi dalam surah yang sama mengenai sifat-sifat wanita yang baik
itu : «…Perempuan-perempuan yang solehah ialah perempuan-perempuan yang taat,
yang memelihara kehormatannya sewaktu suaminya tiada, sebagaimana Allah telah
memeliharakan  dirinya…» [al-Nisa' : 34]. Maksudnya, mereka ini memelihara
kehormatan diri mereka dan memelihara rahsia suami ketika ketiadaannya
sebagaimana Allah memelihara mereka dengan memerintahkan para suami supaya
bergaul dengan baik dengan mereka dan menunaikan hak-hak para isteri[14]. Inilah
ciri-ciri wanita yang solehah.

Manakala perintah menundukkan pandangan pula tidaklah terhad pada lelaki sahaja,
bahkan Allah telah mengkhususkan satu ayat yang menyuruh para wanita juga
menundukkan pandangan. Firman Allah yang bermaksud : …«Katakanlah kepada
wanita-wanita yang beriman, supaya mereka merendahkan pandangan…» [al-Nur :
31].

(4) Menjaga lisan daripada mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Suka mengumpat,
mencerca dan melaknat adalah satu sifat yang sering dikaitkan dengan wanita
–kita memohon keselamatan dari Allah supaya dijauhkan dari sifat ini-. Manakan
tidak, sedangkan Allah sendiri mengkhususkan larangan ini kepada  wanita di
samping ayat yang umum melarang orang mukmin itu menghina sesama mukmin. Allah
berfirman yang bermaksud : «…dan jangan pula kaum perempuan menghina kaum
perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu lebih baik dari
perempuan yang menghina…» [al-Hujurat : 11]. Allah mengkhususkan larangan ini
kepada wanita kerana kaum inilah yang seringkali cepat mengeluarkan kata-kata
yang tidak baik samada mengumpat, menghina, mengata dan sebagainya[15]. Syeikh
al-Sa'di rahimahullah di dalam tafsirnya berkata : '…pada realitinya memang
selalunya mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina, kerana
penghinaan itu tidak akan datang kecuali dari hati yang penuh dengan keburukan
dan akhlak yang keji…'[16].

Allah Ta'ala juga berfirman yang bermaksud : «…dan janganlah kamu mengumpat
orang lain, sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah
mati?... » [al-Hujurat : 12]. Maka selayaknya bagi  wanita yang beriman untuk
menjauhi larangan Allah ini dan cuba sedaya-upaya untuk menjaga lisannya dari
berkata yang tidak baik.. Hendaklah seorang wanita itu bertaqwa pada Allah dan
meletakkan syurga dan neraka di hadapannya sebelum berkata apa-apa mengenai
orang lain.

Dari Huzaifah :radhia, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Tidak akan masuk
syurga qattaat (orang yang mendengar sesuatu sedangkan dia tidak mengetahui
hakikat sebenarnya dan kemudian menyebarkannya untuk tujuan berbuat
kerosakan[17])[18].

(5) Menjaga pendengarannya daripada muzik, kata-kata yang keji dan
perkara-perkara lain yang haram untuk didengari. Seorang wanita yang beriman
hendaklah berusaha sedaya-upaya untuk menjauhi apa jua perkara yang boleh
melalaikannya dan tidak mendatangkan faedah bagi agamanya. Dia hendaklah
sentiasa memelihara pendengarannya kerana ia adalah sesuatu yang
dipertanggungjawabkan ke atasnya dan akan disoal oleh Allah di hari akhirat
kelak. Allah berfirman yang bermaksud : «…Sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, masing-masing akan dipertanggungjawabkan» [al-Isra' : 36].

Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Akan muncul dari umatku orang-orang yang
menghalalkan (menganggap halal) zina, memakai baju sutera, arak dan alat
muzik…»[19]. Perbuatan 'menghalalkan' itu tidak terjadi melainkan apabila hukum
asal sesuatu itu adalah haram. Dalam hadis ini, alat muzik diletakkan sebaris
dengan arak dan zina yang mana jelas pengharamannya pada umat Islam. Ibn Mas'ud
:radhia berkata : "Nyanyian itu menumbuhkan nifaq dalam hati sebagaimana air itu
menumbuhkan sayuran"[20].

Dr. 'Aidh al-Qarni berkata[21] : Sesiapa yang mendengar muzik itu maka dia akan
dihukum dengan tiga perkara :

1- Terputus hubungan hatinya dengan Allah.

2- Dia tidak lagi menyintai al-Quran, zikir, hadis, sirah Nabi :selawat dan
sebagainya.

3-  Allah akan mengharamkan mendengar nyanyian baginya di syurga nanti.

suka ria bersama...

hari bersama kanak2 tadika kampung...pertandingan mewarna tuk kanak2 2 hingga 6 tahun...

nie mak ker anak yang masuk pertandingan mewarna? muskil...cam ner nak pilih pemenang nie...

menikmati jamuan sambil memerhatikan anak...ni bgus...

girl nie tegur aku...dy ingat aq nie pengadil..cute...jadi aq amik pic dy...

Daniel...dy bukan peserta...tapi dy colorkan adik dy punya...bagus2...bekerjasama..
dah siap ker belum nie?cepat calor....tengok aper lah agaknyer 2...
nie masa sukaneka di taska pulak....


MUizZudin....dy nie cute tau...menangis pun boleh bermain...siap dapat no lagi 2..

gambar anak-anak 4 tahun...bagus anak2 nie....

nie anak-anak 2 tahun...kelakar budak2 nie... suwuh beratur pun nangis...hihi..kesian mak2 dyorang... cikgu kata budak2 mmg cam 2,bila mak dy ada mula lah mengada-ngada...hahaha...comel..

acara pakaian seragam tuk anak-anak 2 tahun...boy nie mula2 tu ok jerk...bila semua tengokkan dy dy mula meragam dan menangis...hihi...tapi dapat gak no...no 2...tahniah2...

comel girl nie...dapat no 1...adik dy x dapat,sebab menangis jerk...semua keromon kat dy...hihi...mmg ar menangis...

nie cikgu aku masa kat sekolah menengah...1st jumpa dy terkejut gak..cam ne dy leh ada kt sini...rupanya dy anta anak dy kat taska 2...umur 3 tahun n 2 tahun..comel anak2 cikgu...

nie anak cikgu yang jaga budak2 taska...cute girl nie...ceria...aktiv...tapi aku pelik ngan kanak2 nie...kalo time men ok jerk...bila ada ngan mak dyorng mula mengada-ngada...hihi...agak-agak aku cam 2 gak masa kecik dulu...


mana satu yang kena beratur nie...mak ayah ker anaknya?? hihi kesian cikgu dah pening...tapi disebabkan budak2 pun dah bad mood dan meragamlayankan jerklah...mak ayah pun boleh lah beratur sekali...


anak-anak 4 tahun...bgus mereka nie...beratur...kawan yang belakang pegang bahu kawan yang depan,mugkin cikgu dah ajar biar barisan jadi lurus...suka aku tengok mereka nie...

acara pertama ialah acara tarik bola dalam gelung...susah nak suruh anak2 nie menyertainya...peranan mak ayah gak yang diperlukan tuk pujuk anak2 mereka main...cikgu dah pening...hihi..

acara kedua...kotak music...tapi nie lain sikit...gelung music...boleh cam2?..layan jerk lah kan..anak2 kena berlari mengelilingi gelung2 tu, n then music berhenti mereka kena masuk dalam gelung...sampailah gelung 2 tinggal satu...macam ragam...ada yang jatuh,tertanggal kasut,dua orang satu gelung,menangis bila x dapat masuk gelung...hihi...macam2...

anak-anak 2 tahun juz 5 orang je yang berjaya dipujuk tuk men bersama...yang lain?dah nangis dulu dah...hahah...tapi mmg best tengok mereka nie...

acara tiup belon... anak-anak2 nie bagus...tiup dik...tiup..tiup sampai pecah...hahaha...ada yang x leh tiup..ada yang tengok kan jerk... menangis pun ada...dan ada yang tiup sampai pecah...kami yang tengok yang xcted...heheh..kelakar2..

acara terakhir anak ibu...acara nie para ibu diminta mencari anak mereka...ibu2 kena tutup mata dan anak2 akan di ubah kedudukan mereka...hihi...ibu2 pun ada yang men tipu...ada yang jujur...tapi kalo dah anak ibu, mana x kenal..


lepas jer tamat aktiviti tuk budak2 tu..dewan nie berubah jadi satu majlis rasmi...bagus...cam transfomer...boleh bertukar dalam sekelip mata..herm..x per x cukup kerusi...kami duk kat atas tikar pun jadi lah...hihi..
sesi penyampaian hadiah..
seronok2...dapat hadiah...dengan bangganya...hihihi...
hadiah taperware jerk...tapi budak2 tu dah bangga giler...budak2...
amek hadiah pun malu2...kena berteman dan dipaksa...
berbongkok penyampai hadiah 2...tapi x per...tuk generasi masa depan...bergadai nyawa pun x per...
nie lah cerita pengalaman suka ria aq bersama anak2 taska permata dan tadika kemas kat kampung aq...seronok pengalaman nie...meriah jerk...dengan kerenah anak2...ragam mereka...hehehe...best teringat masa aq kecik2 dulu...cerita aq masa kat tadika??
jom kita mengembara ke tahun 1996... zaman kanak2...

BAB 2   CERITA BUDAK PARIT KAMPUNG...





masa 1st time mak aq anta aq ker tadika..aq ingat lagi tadika 2 jauh dengan rumah..jadi abah yang hantar aq ke tadika dan hantar abang aq ker sekolah rendah,sekali sebab dy nak p kerja kan...mak duk umah jerk...
balik sekolah naty pak cik bob yang amek..n pas sekolah aq akan duk umah ngn mak..mak rajin...mak ada kebun sayur kat belakang umah..seingat aq mak n abah ada wat satu pondok cendawan...abah wat perusahaan cendawan...dan seingat aq kat belakang umah 2 ada kolam...dulu kolam 2 tuk letak ikan keli..ada 3 kolam... 1 kolam besar 2 lagi kolam kecik... yang besar 2 mak jadikan kaminya swimming pool...perh cool giler...jadi abah siap belikan aq nya pelampung...tiap kali mak ada kat kebun sayur dy..aq men lah kat kolam...hihi...
tah time bila aq dan keluarga aq pindah tinggal ngan nyai kat kampung abah...(nyai=panggilan orang jawa tuk nenek) time 2 aq dah ada adik girl n mak baru bagi aq 1 adik boy...haha...
tahap nakal aku masa 2 mmg kritikal...nakalnya nauzubilah!!!!!!!!...macam budak jantan...hitam kulit aq...lantak lah...jadi budak selekeh pun x per...masa 2 dunia nie kami yang punya...kami leh wat sesuka hati jerk...masa 2 bapak abah ada bela lembu...jadi bila pak cik2 aq p tengok lembu aq ngan abang aq akan ikut...hihi...bila abah cuti,abah yang engok lembu2 tu...masa tu aq berani lah sikit...abah ada leh lah..
masa kat kg 2 gak aq ada pakcik 2 orang dua2 lelaki...anak nenek sedara aq,hihi...bertambah lah geng aq...
aq suka men dengan dia orang..x kisah lah lasak macam mana pun menan mereka aq akan ikut...penah 1 hari 2,aq terpijak pak masa men kat bangsal nyai...tapi leh wat muka selamba cakap kat mak kepala aq terhantuk...menangis2 mmg x dinafikan..masa mandi baru mak tau yg kaki aq luka..huhu...
banyak sangat kenangan masa aku seusia anak2 anak tabika...dan x kan mungkin aq lupa kan semua 2...kenangan nie akan selalu bermain diruang ingatan aq..
mesty cerita kamu semua masa kecik2 seronok kan?
selepas setahun malayari kehidupan ditabika...aku melangkah masuk ker sekolah rendah...macam cerita masa kat sekolah...cerita budak kampung...hihi...
c u soon...12.56 AM
MQ...

Saturday, November 13, 2010

cerita budak kampung...

hermherm....
Assalamualaikum...
cam ner nak mula yerk?
huhu...
aper pun selamat datang ke blog saya nie...
ada sesetengah  entry yang ada just copy n paste jerk dari email2 yang saya dapat dari 1 page, remaja masjid...
rajin page nie send email kat saya...dah beribu dah...x sempat nak baca...kadang2 klo ada masa...bosan ker...baru lah ada masa nak membaca email2....bagus email nie...macam2 ada...nasihat,cerita..macam2 lah..
dan ada juga luahan isi hati saya...
chop2...sebelum 2..saya nak minta maaf awal2,saya x tau nak wat blog cam ner...nak masuk cerita aper?
kretiviti masing2 kan? jadi saya nak wat ikut suka saya...
best ker x best ker x per... yang penting saya suka...hehehehehe......






















CERITA BUDAK KAMPUNG...

apa ceritanya?
hihi...cam nie ceritanya...

once upon a time...(ish)
kehidupan semakin hari semakin mencabar...dari mula kita dilahirkan sehinggalah kita menginjak dewasa..
dari kita mula menangis sehinggalah kita mula belajar bercakap...
dari mula kita meniarap sehinggalah kita boleh berdiri...
dari mula kita belajar berjalan sehinggalah kita boleh berlari...
dari pertama kali mula mengenali keluarga sehinggalah kita mengenali orang luar...
dari hari pertama kita dihantar ke sekolah sehingga lah kita manamatkan sesi persekolahan di peringkat yang tinggi...
dari kita mula mengenal dunia luar sewaktu menempuh alam pekerjaan sehinggalah yang seterusnya...
semua itu adalah lumrah kehidupan..pasti semua orang melaluinya...walaupun dengan keadaan yang berbeza, suasana yang berbeza,keluarga yang berbeza,kehidupan yang berbeza,budaya yang berbeza...dan macam-macam lagi yang berbeza... tapi hakikatnya kita semua sama.. kita dilahirkan dengan tanggung jawab dan amanah masing2...maka dengan itu..kita haruslah tabah menghadapi segala ujian,dugaan,rintangan dan halangan yang diberikan kepada kita semua dengan hati yang tabah,redha,dan sabar...sekeping hati dan selaut akal  diberikan kepada kita sebagai bekal untuk melalui liku kehidupan...


BAB 1 (aceceh...ada lak bab2 nie...hihi)

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana yang tinggal disebuah kampung. kampung yang sungguh aman. bagi saya masa tu,yang tidak mengerti kehidupan dan baru belajar tentang kehidupan merasakan betapa seronoknya berada dihalaman kampung. bak kata orang kampungku syurgaku...hehehe...
gila x best...
bangun pagi, gosok gigi,cuci muka pergi mandi(haha..siap menyanyi lagi 2)
seingat aku(tukar lah dari saya ke aku,cam formal lak guna saya nie...x sempoi langsung...hihi...boleh kan cam nie)..teruskan2.... seingat aku lah masa aku kecik2 dulu, mak aku masih belajar lagi n abah aku kerja kat satu syrikat kerajaan..aku kat umah masa 2 ngan abang aku dan dijaga oleh akak sedara aku,anak mak long...dan kadang2 ada minggu yang aku dan abang aku ditemani olh adik2 abah...masa 2 pakcik2 aku masih sekolah menengah lagi...jadi setiap hari minggu ayah cu dan ayah chik akan datang umah kami...klo waktu hari2 biasa..aku akan pergi ke umah jiran depan umah..mak cik Siti,dia lah makcik kesayangan aku...baik jerk makcik nie,x pernah marah,dia ada 2 orang jerk anak dua2 lelaki...perasan x semua orang yang dekat dengan aku masa aku kecik dulu semua lelaki? tau2 jerk lah kalo kawan dengan budak2 laki nie ...lasak..men parit,masuk kebun,panjat pokok,kacau ayam orang,men basikal...perh...nikmat hidup masa 2..x pikir masalah langsung...yang aku tau kalau sebelum tidur mesti pikir sok aper aktiviti nak wat...dah aku paling suka tunggu hari minggu sebab lagi best..abang aku ada,pakcik2 aku ada, anak makcik siti  ada....wah ramainya...best2...seronok2...hahah...aku leh wat aper jerk yang aku suka...mak x kan marah sebab kalau hari minggu mak akan p kedai makan atuk...hihi..kami akan main sampai petang...bila mak balik umah baru aku dan abang balik...tapi kadang2 ada gak kami tidur umah mak siti...suami mak siti masa 2 kerja aper pun aku x tau...kali x silap aku jual ikan...sebab pernah satu hari 2 pak cik bob ada bawa balik ikan besar...
besar gila...ikan josh katanya...aku yang x tau aper2 pun percaya lah yang 2 ikan josh...hahaha...kena jerk lah...kadang2 bila abah dan mak dah balik umah malam2,mereka akan datang amek aku dan abg aku kat umah mak siti...ada 2 kalau aku dah tidur abah akan dukung aku..sebab kalau aku x tidur aku akan menangis x mau balik..huhu...

ini lah serba sedikit cerita aku masa kecik2 dulu...masa aku belum masuk tadika pun...
dan aku rasa masa 2 aku lah budak perempuan yang paling nakal kat dunia...hahaha...
nak tau cerita aku lepas aku masuk tadika?
nty aku sambung yerk...penat lah pulak...hihi...
c u dear...luv u so much..
10:37 PM...MQ

Monday, November 1, 2010

cinta saya dan cinta awak milik ALLAH...

hari ini...
dia kata..dia cintakan saya...
besok?
dia kata...dia akan cintakan saya juga...
lusa?
dia kata..dia tetap akan cintakan saya...
sampai bila?
dia kata..dia janji sampai bila2...

itu kata dia...

saya kata..
hari ini...saya cintakan dia...
besok..saya yakin saya masih cintakan dia...
lusa..pasti saya masih cintakan dia..
sampai bila...mungkin selagi saya bernyawa...

tapi...
itu kata dia...itu kata saya...
bukan saya yang tentukan hati dia akan tetap jadi milik saya selamanya...
bukan kuasa saya untuk pastikan cinta dia hanya untuk saya..
diluar kemampuan saya untuk halang dia dari jatuh hati pada yang lain selain saya..

bukan kuasa dia juga untuk pastikan saya sentiasa jadi miliknya..
bukan kemampuan dia untuk tentukan yang cinta saya selamanya untuk dia..
bukan dia yang tentukan yang saya akan sentiasa ada untuknya...


kerana..
cinta itu..
sebenarnya milik Allah...
kasih itu...
anugerah Allah..
sayang itu..
hadiah Allah...

Allah bagi pinjam cinta dia pada saya...
semuanya milik Allah...
hanya Allah yang mampu kekalkan cinta dia untuk saya...
hanya Allah yang berhak tentukan yang dia akan jadi milik saya selamanya..
hanya Allah jualah yang berkuasa kekalkan kasih sayang dia hanya untuk saya...

tapi...
jika takdir Allah adalah sebaliknya...
jika kasih dia untuk saya hanya sementara...
jika cinta dia untuk saya bukan untuk selamanya..
jika hati dia bukan pada saya hingga ke akhirnya...
siapalah saya untuk mempersoalkannya...
siapalah saya untuk mempertikaikannya...
siapalah saya untuk menghalangnya...

kerana..segalanya adalah milik Allah jua..

kerana itu..
saya redha jika cinta,kasih,sayang yang Allah hadiahkan pada saya hari ini..
ditarik semula oleh tuannya..
saya pasrah jika hatinya..ditakdirkan bukan milik saya lagi suatu hari nanti...
saya akur..jika..hatinya diisi insan lain yang lebih berhak suatu ketika nanti..
kerana....semua itu milik Allah...

cuma..
rayu saya pada tuhan...
jangan ambil semula cintanya dari saya..
jangan tarik semula kasihnya untuk saya...
jangan palingkan hatinya dari saya..
jangan padamkan sayangnya untuk saya..
izinkan dia menyayangi saya seumur hidupnya..
benarkan kami sentiasa bersama dalam cinta...
biarkan kami kekal berdua di dunia..sampai ke syurga...

benar...cinta itu milik-Mu..
tapi benarkan kami memilikinya..
benar...kasih itu milik-Mu..
tapi izinkan kami merasainya...
benar..sayang itu milik-Mu..
tapi biarkan ianya kekal bersama kami selamanya...

kasihanilah kami...rahmatilah kami...bahagiakanlah kami..
hanya pada-Mu kami merayu...
hanya pada-Mu kami mengharap...
hanya pada-Mu kami memohon...

pertemukanlah jodoh kami...kekalkanlah...dan temukanlah kami semula di syurga...

amin...ya Allah...