penduduk kampung

Tuesday, June 5, 2012

masih belum tamat...

ASSALAMUALAIKUM... 
selamat pagi...semoga hari ini lebih baik dari semalam...

 ALHAMDULILLAH... 
Akhirnya dapat juga aq 'mencuri' sedikit masa untuk bercerita pagi nie... pagi nie hati rasa sayu jerk... knp? tah lah...macam2 rasa.... dan yg paling sedih bila tengok coursework sem nie...aduhhhh....lemah benor den nengoknye... cuak tol...kompomlah result jatuh lagi sem nie...huhu... dahsyat lah.. tapi memang patutpun...bila diimbas kembali apa yang berlaku sepanjang sem nie... semua asgment buat men2... gruop asgment pun kurang komitmen... senang cakap semua banyak men lah... herm... sabarlah ini semua dugaan... mungkin ada hikmah disebalik kejadian... pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung sem... top2 jerk dah exam... cepat sangat masa berlalu... 
BILA SUDAH SAMPAI KEPENGHUJUNG.. RASA INGIN KEMBALI KEAWALNYA... 
andai dapat diundurkan kembali masa lalu... pasti akan ku undurkan untuk mengubah masa hadapan... tapi semua kuasa ALLAH... Dia dah menentukan segalanya... YA ALLAH...berikanlah aku peluang untuk terus hidup dalam naunganMu...kuatkanlah hati dan Imanku...bantulah aku YA ALLAH... semoga apa yang berlaku dijadikan pengajaran dan pengalaman hidup... 
wassalam... 

Qiz

Wednesday, March 28, 2012

IKHLAS

ASSALAMUALAIKUM...
salam bahagia semua...
ALHAMDULILLAH...hari yang cerah dan ceria...syukur kehadrat ILAHI kerana masih memberikan kita peluang untuk terus menikmati kehidupan ini...

Hari nie aku nak cerita tentang keikhlasan....
hehehe....asal tetiba lak?
sebab ada 1 cerita yang membuatkan aku sedar dan menginsafi diri..

ceritanya bermula begini..
tadi lepas kelas puan Hashimah.. aku n the banglo geng cadang nak ke kampus baru. sebelum 2 dah mesej kat Dr nak hantar asgment. Then, lepas jerk start motor...aq rasa lain ngan moto merah 2... Then
     ' toq, tayar ko kurang angin'
     ' haah lah, lain macam dah nie...'
herm...moto nie...baru tukar tayar...asal lah eak... cuak dah nie... merbahaya..!!!
    ' cam ner nie?'
    ' kita p kedai moto dulu lah, aq nak setelkan moto nie...ish...'
    'ok...'
maka berangkat lah kami ke kedai moto... ingat nak p kedai moto yang aq p tukar tayar tu..tapi x bukak lagi....ish...menyampah tol lah...so, kiterorg pun p lah ke kedai uncle moto yang aq selalu pi tu... sesampai jerk, aku park betul2 depan kedai moto tu, turun moto... nampak uncle 2 tengah mengemas kedai dia...
dengan wajah kesian...aku usha uncle 2...
    'uncle, taya depan moto nie kurang angin lagi lah..kenapa eak? apa masalah tah? padahal baru tukar tayar pun...'
Uncle pun p ke motor...dengan wajah yang cukup serius...dia tengok kanan tayar, tengok kiri tayar... masa tu aq dah rasa sedih....( x sedih sangat lah....)
     ' U tukar tayar nie kedai mana?'
     'depan...'
     ' U kena pergi itu kedai... ini tayar banyak masalah... itu orang yang buat kerja... kalau saya,saya tau kerja saya...'
aku dah semakin sedih... aku ingat uncle 2 dah x nak tolong betulkan motor aku dah..huhuhu....
tapi..
uncle 2 tolak motor aku ke dalam kedai... dia usha2 lebih cikit kat cik 'motor' tu.. 
dengan wajah kebluran aq menunggu dan memerhatikan uncle 2 wat kerja...
hati aku berkata...
     'baiknya uncle nie, x pernah aku jumpa orang buat kerja sebagus nie... sungguh-sungguh dia wat kerja... walaupun aku rasa dia tau...masalah yang aku hadapi dengan cik 'motor' tu berpunca dari kesilapan aku sendiri...dia x maki pun... malah dia tolong aku selesaikan masalah...memang aku x tau nak wat apa kalu uncle 2 x da... seriously...uncle nie baik sangat... keikhlasan dia buat kerja...nak bantu pelanggan dia...terharunya aku... 

dari 2 aku sedar keikhlasan dalam membuat sesuatu tu amat penting dalam semua urusan pun...kita x boleh merungut atau apa pun...bersabar lah dalam menghadapi kehidupan dunia yang bermacam ragam...

sesuatu keikhlasan itu dapat dilihat dari hasilnya...sekiranya kita ikhlas dalam membuat sesuatu kerja, hasilnya pasti memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain..sekiranya kita membuat kerja itu dalam keadaan terpaksa... hasilnya pasti dapat kita bezakan, kita ikhlas atau pun tidak...

dari hal itu, aku sedar dan insaf bahawa keikhlasan itu penting sangat....
jadi ikhlaskan lah diri kita dalam jua keadaan sekali pun...
ikhlas lah dalam kerja anda...suka dan sayang dengan kerja anda...jangan merungut sekiranya timbulnya masalah dan reda dalam menerima segala teguran....
 
luv u all....

Saturday, March 10, 2012

pengalaman ber ILMU...

ASSALAMUALAIKUM....

ALHAMDULILLAH... tamat sudah aktiviti hari nie...
hari nie ada program di  UNIVERSITI MALAYA, program motivasi dan halatuju PPAKK...
seronok
BERILMU
banyak pengalaman dari senior dan motivator yang boleh diambil sebagai pendorong
RASA LEBIH BERSEMANGAT
x rugi labur kan  Rm2o tuk mendengar ceramah yang bermotivasi

 1benda yang buat saya berfikir dan menjadi persoalan secara personal dalam diri aku...
kalau aku sudah bersuami...sanggupkan dia menjadi pendukung dan pembakar semangat aku untuk terus menuntut ilmu yang ingin aku curahkan kepada anak bangsa?
kalau aku sudah bersuami nanti...bolehkan dia menjadi teman aku kemana saja aku mau pergi untuk menuntut ilmu dunia yang mungkin menjadi panduan hidup diakhirat...
kalau aku sudah berumah tangga... sanggupkah lelaki pilihan hatiku itu berkongsi segala macam benda yang sebelum ini dia lakukan bersendirian dengan aku?

dan jawapan yang aku dapat...
'jangan mengharapkan apa yang orang buat untuk anda tapi lakukan sesuatu yang bermakna untuk orang lain.."

mudahan lelaki pilihan hati aku dapat membantu dan menerima segala kekurangan diri ini...

Friday, March 9, 2012

trauma sekejap...

ASSALAMUALAIKUM...

sebelum aq mulakan cerita hari nie...marilah kita sama2 sedekahkan  AL-FATIHAH kepada arwah senior aq yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.... AL-FATIHAH...


Sunday, January 15, 2012

kisah cuti sem...

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah....selamat siap kenduri kat umah nyai...
semua berjalan dengan lancar.. walaupun aq x banyak membantu..sekadar datang tolong mengemas n mencuci dulang2...tapi kira ok lah 2 kan...hehehe...
rasa cuti kali nie lain lak...seronok jerk..hehehe...
kenapa?
sebab sesampai jerk kat umah dah kena marah..hahaha...bukan sebab aq wat salah... opss...bukan kena marah lah... kena tolong mak kat bengkel...

# hari 1st ~~
citer kek...

sesampai jerk umah, petang jumaat 2 mak ajak wat kek tuk hari jadi adik....besday dia 10 hb januari ari 2...tapi dah janji ngan dia nak wat kan kek bila aq balik nanti...jadi mak pun suwuh aq wat kan...
xcly nak wat kan warne pink...sebab alin suka warne pink..tapi terjadi warne ijau lak...hehehe....nasiblah alin nie jenis x kisah n cerewet...kalo x masak gak aq nak kena wat lagi sekali..hehehe..
herm...al maklumlah tangan x berapa nak berseni...jadi x baper kemas lah kek nie..
walo pun rupa x cantik...tapi rasanya...macam beli kat kedai...

nie lah alin, mic, n dania..muka dania yang palsu.... =))

masing2 dah besar.... dah besar dah adik2 aku nie... Alhamdulillah, aq dapat lihat adik2 aku membesar... semoga kalian jadi anak2 yang solehah... aku pasti merindui kenangan2 bersama kamu semua...pasti tersenyum sendiri bila mengingati telatah kamu...

ok lah... mata dah mula berat...rasa mcam nak cau lah... ok nty kiter lepak borak2 lagi yerk....
Dania kepenatan setelah seharian bermain...

ok lah aq pun dah penat dah nie....
SELAMAT MALAM SAYANG...

Wednesday, January 11, 2012

detail diri mengikut bulan kelahiran...

ASSALAMUALAIKUM....
selamat petang semua...
petang nie saya nak post something....

DETAIL DIRI IKUT BULAN KELAHIRAN
JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius. Suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif , berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati org lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya. Cukup sayang pd kanak-kanak. Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yg sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yg  mudah berubah. Mudah menawan org lain. Agak pendiam, pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pd segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yg lasak. Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif. Mudah mempamirkan marahnya. Tidak suka benda yg remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yg tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yg bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pd benda yg tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jgn terlalu moody.

APRIL
Sgt aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sgt menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yg sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org. Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yg sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sgt cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam. Cantik dr segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangai idea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet,kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didampingi, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang.  Ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, bimbing cara fizikal dan mental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, emah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi.  dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak  bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

OKTOBER
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea dalam sesuatu perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dgn org, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.
 makanya...
kalo kita mengenal seseorang itu...lihatlah peribadinya...x semua orang sama dengan diri kita...x semua orang paham akan diri kita... oleh itu, belajarlah mengenal orang lain sebaiknya... pahami dirinya...maafkan dirinya sekiranya dia tidak mengerti akan kata hati kamu... 

Wednesday, January 4, 2012

exam week...

ASSALAMUALAIKUM....
Dah lunch lum nie? dah masuk zuhur dah nie....
sekarang aku ada kat library...
dari jam 11 tadi...
rancang nak p kul 10...tapi...
pung pang pung pang...kul 11 baru sampai port kiter orang lepak...
huhu..
apa dah aku stdy?
aku pun x tau nak cakap...bila baca cam aku dah baca....
then bila tengok org stdy sungguh-sungguh nie...
macam banyak lak yang aku x stdy lagi...
huhu....
cam ner nak stdy cam diaorang eak?
aduhai...
apa slek aku nie...
x da mood ker apa nie??
sila lah bantu aku yang tengah buntu?(buntu ker..)
herm...semua orang duk sok stdy...tapi aku....
sampai kan salam je lah gamaknya...
tido?
aku nie memang kaki tido...sampaikan orang dah habis katam 1 buku aq still melepek kat tilam lagi...apa kes???
itu menunjukkan yang aku nie lebih banyak tido dari stdy...
(betul kata cik wan... dy kata muka aku macam orang suka tido sebab pp tembam...herm..iyer ker)

cam ner aku nak stdy nie?
x tau...
banyak slek tol lah sem nie..
1. aku x wat jadual belajar..
2. aku banyak men n tido...buang masa kepada benda2 x berfaedah seperti ber FB, ber tagged, ber blog....eer...("--)...no komen lah...
3. ...... nonsense thing se apa yang aku buat...
4. arrgh.....tolong lah saya....
5. cuti banyak sangat ker...sebab 2 x da feel nak stdy? ha?( x tau lah)

herm...sem nie adlah pengajaran yang x kan aku lupa sampai bila2.... sebab terasa banyak sangat masa yang aku persia-siakan... macam sem honeymoon...herm...
akan aku ambil segala mengajaran ini untuk menjadi lebih baik pada sem hadapan...insyaALLAH... doakanlah yang terbaik untuk aku yerk...

benda dah lepas tu lepas lah...bia kan ia berlalu..masa yang akan datang nie lah yang kita nak hadapi...jadi... teruskan lah usaha...
doakanlah kejayaan aku yerk...
aku akan berusaha untuk baca buku dengan lebih kerap lagi dari pada membaca buku pada alam maya mahupun mimpi...hehehehe....
doakan aku selamat sampai akhirnya....hahaha....
ok lah..nak sambung stdy sat...pas 2 balik...n cuba lah klo leh stdy kat umah...klo x apa kan daya....hati kata nak otak kata x... berserah je lah...kita yang tentukan segalanya...
kuang3....